PEMBINAAN SAINS DAN TEKNOLOGI MELAYU

Pembinaan sains dan teknologi Melayu mengikut acuan semdiri adalah program utama pemeribumian ilmu (sebelum abad ke-21, pengIslaman ilmu) tajaan ASASI. Sains dan teknologi Melayu-Islam bukanlah sains dan teknologi Barat yang diamalkan oleh ahli sains dan teknologi Melayu kini tetapi sains dan teknologi yang berasaskan pada kerangka pemikiran Melayu-Islam itu sendiri mengikut pengertian teori paradigma Kuhn.